Bantulah mereka -Tabung Ahmad Sufi




Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..


Nama baby ni Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi .Saya dapat tahu kisah baby ni dekat Blog Abang Ben Ashaari. semoga Ahmad Sufi cepat sembuh :')


Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR. Dan kini Ahmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305



sama-sama lah kita bantu adik Ahmad Sufi ,boleh ke page Tabung Ahmad Sufi kalau korang nak tahu info lebih lanjut ..Click SINI untuk ke page tersebut .semoga ada pihak-pihak berwajib yang mahu menghulurkan bantuan buat adik ni .cepat sembuh ya Ahmad Sufi ,kami sentiasa mendoakanmu  :')

Terluka


Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..




Terluka ,satu perkataan yang sudah cukup untuk menggambarkan apa yang saya rasa saat ini..sesungguhnya rasa ini amat menyakitkan .  siapa dia yang telah melukakan hati saya ? biarlah Allah dan saya sahaja yang tahu .Allah sedang menguji saya :') saya harus redha dan sabar menghadapinya.. sentiasa ingat ,Allah ada bersama saya :')

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Dia boleh cakap apa sahaja pasal saya dekat orang lain ,saya tak kisah . Dia boleh fitnah saya ,saya pun tak kisah .. sebab saya tahu ,Allah itu Maha Mengetahui ,Allah tahu semuanya termasuk yang tersembunyi jadi tak ada sebab mengapa saya patut takot . dan saya juga bukan pendendam . saya masih berusaha untuk memaafkan orang itu dan minta maaf pada dia sekiranya selama bertahun-tahun perkenalan ini saya ada mengguris hatinya ,tersalah bicara , terpukul atau apa-apa sahaja yang boleh menyakitkan hatinya ,saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. sesungguhnya saya bukan nabi ,saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesalahan .saya juga manusia biasa yang sedang berusaha memperbaiki diri. 


" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 ) 



saya tak bercakap dengan dia,tak tegur dia atas sebab-sebab tertentu yang mungkin dia tak sedar. saya buat semua itu sebab saya terluka dengan apa yang dia katakan pada kawan saya. kawan saya tu ada sampaikan pada saya. saat saya mengetahui semua itu ,baru saya sedar yang sebenarnya dia tidak ikhlas berkawan dengan saya. mungkin dia mahu berkawan dengan saya kerana kasihankan saya yang sememangnya tak ada ramai kawan .saya tak cantik ,saya dah sedia maklum kalau ada orang yang berasa malu dan jijik nak berkawan dengan saya . dia cantik ,kawan-kawan dia yang juga cantik-cantik belaka ,tak hairan lah kalau dia berasa malu berkawan dengan saya.


saya juga bukanlah seorang yang baik,saya jahat, saya tahu dia memang tak pernah suka dengan saya sejak kecil lagi :') kecewa bila dapat tahu apa yang dia kata tu. nampak sangat dia tak suka dengan saya . dan baru-baru ini seorang hamba Allah ada sampaikan sesuatu pada saya. dia bercerita macam-macam pasal saya. dia boleh kata apa sahaja,tetapi Allah tahu hal yang sebenarnya :') saya cuba menganggap dia cerita benda baik ,tapi sebaliknya .menangis lagi hati ini..dan tanpa saya sedar air mata juga jatuh berlinangan ..itu saja yang mampu menggambarkan perasaan saya saat ini. terluka, ya saya sangat terluka .tapi saya cuba untuk terus tersenyum . saya percaya Allah sentiasa ada bersama saya .mungkn dia masih tidak sedar apa yang telah dia perkatakan ,saya hanya mampu berdoa agar satu hari nanti Allah menyedarkan dia .


memaafkan memang susah ,tapi saya dah maafkan dia. dan saya juga ingin memohon ampun dan maaf padanya jika saya ada melakukan kesalahan. seperti yang saya kata,saya hanya manusia biasa..saya hanya bertindak matang ,orang dah tak sukakan saya,perlu ke saya bercakap dengan dia kalau apa yang saya katakan hanya akan mengguris hatinya ? saya rasa tak perlu .diam itu lebih baik..ya Allah tabahkanlah hati hambamu bagi menghadapi ujian ini..




Ya Allah kuatkan lah hambamu ini ..