Saya sedar saya tak cantik

Sunday, May 06, 2012


Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum. Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain ,betul tak ?

saya juga pernah meratapi kekurangan diri saya..saya selalu berfikir mengapa saya tidak memiliki wajah  serta tubuh yang cantik seperti kawan-kawan saya yang lain...tapi lama-kelamaan saya dapat menerima kekurangan diri saya ini..Allah itu maha adil,Allah itu maha mengetahui,Allah itu maha bijaksana ,pasti ada hikmah di sebalik kekurangan diri saya ini..saya bersyukur ,walaupon saya tak cantik tetapi saya masih dilahirkan sempurna tanpa ada anggota badan yang cacat..alhamdulillah..

Saya tahu saya tak cantik..tapi,walaupun saya tak cantik,saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tak cantik,saya tak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
Kerana saya tidak cantik,saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tak menjaga pandangannya..
Kerana saya tak cantik,saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
Kerana saya tak cantik,saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada perempuan-perempuan lain..
Dan kerana saya tak cantik,saya tak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan perempuan..
Kerana saya tahu saya tak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada Allah.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar tapi kecantikan di akhirat kelak..

sekarang baru saya sedar ,kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing, tetapi secantik mana kita di mata Allah..

p/s terima kasih kepada artikel ini yang banyak menyedarkan saya :)