Forum Giler It

Wednesday, June 18, 2014


Hari ni share satu benda baik dengan uols semua. Hiks. Saya nak cerita pasai satu forum ni. 1st of all, nak tanya, korang tahu tak apa tu forum ? Haa tahu tak ? Tahu tak ? Mana yang otai tu saya kira mesti tahu punyalah kan ? Bagi yang tak tahu meh duduk baca diam-diam okay? :P

Apa itu Forum ?

Forum sebenarnya tempat perbincangan semua user berdaftar dan menyediakan info yang jelas kepada guest ataupun user. Contohnya, kalau awak semua ada soalan yang tak faham, awak boleh tanya dekat sana. Dan selalunya dekat forum ni ada ramai pakar yang sering sedia membantu menyelesaikan masalah user. Selain itu, dengan forum ni kita boleh dapatkan maklumat terkini. Awak semua boleh add kawan dekat situ, boleh sembang-sembang dengan kawan. Faham tak ?

Sekarang nak cerita pasal Forum Giler It pula ya.


Forum Giler It adalah forum komuniti yang menyediakan pelbagai maklumat untuk membantu para pengguna mendapatkannya dengan mudah dan maklumat yang sahih. Giler It juga menggalakkan pengguna bertanya atau berkomunikasi dengan user-user lain jika terdapat masalah tentang perkara yang mereka kurang faham. Forum ni bukan semata-mata tentang dunia IT atau komputer sahaja, tetapi juga menyediakan tempat perbincangan berkaitan isu semasa, hal agama, sembang kosong dan yang lain-lain lagi.

Apa lagi yang special tentang Forum Giler It ni ?

  • Log in via  facebook.
  • Ada shoutbox untuk sembang-sembang dengan user lain.
  • Tempat promote website dan blog paling okay.
  • Ada Tapatalk untuk memudahkan kita berforum tanpa guna computer/laptop dan boleh download di Google Play.

So apa tunggu lagi, jom join saya dekat Forum Giler It ni. Menarik kan ? Anda juga boleh gunakan forum ni untuk bertanya soalan, kongsi ilmu dan mana yang ada blog boleh promote sekali. Jujur ni forum pertama saya sertai. Hee, sebelum ni pun saya tak tahu sangat apa fungsi forum ni. Forum ni pun salah satu medium untuk tambah kenalan, tambah ilmu so saya rasa bagus juga kan ?
http://giler-it.com/ click link ni ya kalau nak mendaftar :)

Itu ja benda baik nak cerita dengan uols semua. 
Till then,
with love,
Izah.

Setelah bertahun lamanya .

Tuesday, June 10, 2014


Ada nampak perubahan pada blog ni tak ? 3 hari blog terpaksa di "private" sebab nak ubah design dia. Alhamdulillah setelah 3 hari akhirnya siap juga. Agak ambil masa juga nak siapkan sebab dah lama sangat tak guna photoshop, dah lama sangat tak main dengan code so inilah hasilnya :)


Ini gambar design lama saya. Last saya ubah design blog, kalau tak silap saya pada pertengahan tahun 2012. Lama kan ? 


Dan ini pula design yang baru. Tema untuk kali ni, fav colour saya, pink dan tambah sikit dengan colour biru muda. Header saya buat sendiri. Buat simple ja tambah sikit bawah nickname tu dengan fav qoute saya. Apa yang patut di beri credit saya dah letakkan di bahagian credit. Untuk gambar "Bismillah dan Assalamualaikum" dalam jawi saya ambil dari Google dan saya transparent kan gambarnya dengan tambah sedikit warna biru tu. 

Jadi apa pendapat awak semua ? Berat tak ? Saya rasa tak seberat design dulu kan ? Tambah pula iklan churpchurp dan nuffnang saya tak letak lagi. Serabut tak ? Bagilah pandangan awak semua, mana tahu ada yang tak kena, saya cuba betulkan. Blog ni saya edit dengan bantuan tutorial dari Blogger Ain Soofiyah, Mira Hussin, Nabila Medan, Wana dan Adam Faiz, terima kasih banyak-banyak :D

Credit to :
Blog opened since February 2011. Using Simple templete and best view in Google Chrome.
Edit/Design by : Rezatul Akma
Background From : Salma
Image From : Enche Google
Muslimah Doodle From : Muslimah Beauty DeviantArt
Icon From : Budak Nerd,Pastry Box,TheChocoGodies
Tools : Adobe Photoshop CS5
Boleh bagi pandangan dan pendapat awak semua. Jujur saya tak pro dalam bab edit mengedit blog ni, saya tak kreatif dalam bab design blog. Jujur ini 100% idea saya. Terima kasih pada yang di beri credit dan Blogger yang kongsi ilmu mereka . Maceeeh.

Till then, assalamualaikum
With love,
Izah.