tips penjagaan mata

Friday, December 16, 2011

image source : google
mata merupakan organ yg terbentuk untuk mengesan kehadiran cahaya sekali gus mentafsirkan apa yg dilihat dalam bentuk imej dan visual..tanpa mata kita tidak dapat melihat apa-apa..oleh itu,mata haruslah di jaga dengan baik..iza nak share sikit dengan korang tips penjagaan mata  ni..sama-sama lah kita amalkan ok..=D

  • amalkan senaman mata..korang hanye perlu gerakkan mata ke atas,ke bawah ,ke kanan dan ke kiri bagi memastikan mata sentiasa segar & cergas..
  • mata mempunyai cara pembersihan secara semula jadi di mana pergerakan kelopak mata dan air mata dapat membantu membersihkan mata ..
  • elakkan menggosok mata dengan tangan atau tuala yg kotor..
  • ambil makanan yg kaya dengan kandungan lutein dan zeaxantin seperti brokoli.,bunga kobis,kailan,biji bunga matahari, & bayam..kajian menunjukkan mereka yg mengambil makanan dengan nutrien itu kurang mendapat masalah mata yg berkaitan dengan penuaan berbanding mereka yg tidak berbuat demikian..
  • amalkan melihat kehijauan alam semula jadi untuk menyejukkan mata..
  • semasa membaca ,pastikan cahaya cukup terang..pastikan juga jarak mata adalah di antara 30-35 cm dari bahan bacaan..
  • elakkan daripada memandang matahari secara terus..
  • elakkan daripada bermain dengan alat tajam yg mungkin boleh mencederakan mata ..
  • dapatkan pemeriksaan atau rawatan dari pakar mata apabila mata tercedera,gatal,bengkak,pedih,merah,dan penglihatan menjadi kabur..
  • pastikan tidur yg cukup supaya mata tidak berada dalam keadaan tegang..


sumber :  Majalah Seri Dewi & Keluarga..