Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
image source : google |
Apa itu Gastrik
Peptic ulcer "gastrik" adalah masalah yang terjadi akibat lapisan pada perut terhakis. Ia biasanya berlaku pada bahagian perut dan bahagian usus kecil sebelah atas (duodenum). Tanda yang paling kerap dirasai oleh individu yang menghadapi masalah ini ialah sakit pada bahagian abdomen (perut) atas pusat.juga berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) .
Apa yang berlaku sekiranya tidak di rawat
- Pendarahan dalaman. Pendarahan boleh berlaku dengan perlahan lahan menyebabkan kekurangan darah berlaku (anemia) mahupun pendarahan serta merta yang menyebabkan banyak darah hilang yang memerlukan anda dimasukkan ke dalam hospital atau menjalani transfusi darah (blood trasfusion)
- Jangkitan. Peptic ulcer boleh 'memakan' dinding perut dan menyebabkan lubang, meletakkan anda betul betul dalam risiko yang amat besar untuk jangkitan abdomen (peritonitis) yang amat menyakitkan dan mengancam nyawa,
- Parut dalam perut. Peptic ulcer boleh membentuk parut dalam perut (dipanggil constriction) yang seterusnya menyebabkan masalah aliran makanan dari mulut ke usus. Ini boleh dilihat dengan tanda tanda loya, perut rasa kenyang selalu, muntah dan turun berat badan.
Apa simptom-simptomnya
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan dan selera berubah ( bertambah dan berkurang )
- Berat badan turun
- Najis menjadi hitam ( tahap teruk )
- Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap ( tahap teruk )
punca-punca penyakit ni ada banyak ,paling utama ialah gaya pemakanan dan hidup kita .boleh Google kalau nak tahu punca-punca nya .siapa yang rasa-rasa ada simptom-simptom tu eloklah pergi check up ek ,jangan jadi macam saya ,takut pergi klinik ,sanggup tanggung sakit .elakkan diri daripada stress sangat ,jangan merokok ,jangan minum arak ,makan banyak buah ,jangan biar perut lapar ,sayur pun kena makan banyak jugak .HAHA .*nasihatkan orang diri sendiri tak buat pun :p .doktor selalu pesan kat saya ,selalu minum susu low fat ,tak kira lah HL ke Dutch Lady ke ,susu soya pun boleh .jangan makan benda yang susah nak hadam *pesan doktor tu kat saya .sekarang ni mak selalu dok paksa saya pergi check up dekat hospital ,asyik pergi klinik je ,tapi saya tak nak .tak berani .nengoklah kalau tak baik lagi nanti baru pergi KLINIK ,Hospital TAK NAK :p .sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat ! ohoi panjang entry kali ni ,sharing is caring *ceewaah .
ha kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah Google ek ,bolehlah tahu nanti rawatan apa yang biasa pesakit dapat ,dan macam mana ujian dan diagnosis di buat .saya share sikit je :p .setakat ni dulu ,assalamualaikum . jumpa lagi di lain entry .
Info di peroleh dari : http://www.blog.kesihatanonline.com