Tips Menutup Aurat

Saturday, November 15, 2014


Hari ni nak berkongsi sedikit Tips Menutup Aurat Dengan Sempurna. Alhamdulillah, ilmu ni saya dapat dari sahabat saya dalam Group Usrah Khaulah Al-Azwar. Syukran pada yang berkongsi tips ini. Rasa bermanfaat untuk semua muslimah kesayangan saya yang sedang cuba untuk menutup aurat dengan sempurna sebab tulah nak kongsi dekat sini. InshaAllah, moga bermanfaat ;) credit untuk Enche Google untuk semua gambar di atas dan di bawah ini. Mekasih ! :*

Hadis Rasulullah SAW, maksudnya "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memerhatikannya." (Hadis Riwayat Bazzar dan At Termizi)


  • Set dalam minda yang kita nak menutup aurat dengan sempurna.
  • Kalau ada baju seksi simpan. Jangan buang sebab kalau gian sangat nak pakai, pakai dalam bilik sahaja. Ingat, dengan family pun kita kena jaga aurat.
Pada asasnya, aurat wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Tapi harus di igat, mana-mana bahagian badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri hendaklah ditutup. Manakala aurat wanita dengar ipar yang berlawanan jantina (Abang ipar/adik ipar) adalah sama macam auratnya terhadap lelaki ajnabi yang lain, iaitu seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka.
  • Kalau banyak baju yang tak mengikut syarak, simpan buat pakai waktu tidur ja. Belilah baju longgar. Ya memang tak di nafikan baju yang mengikut syarak memang agak mahal harganya berbanding baju biasa tapi inshaAllah ada ganjaran untuk yang berbelanja untuk menutup aurat kerana Allah.

  • Bagi yang tidak bertudung, cuba perlahan-lahan belajar pakai tudung. Yakinlah kecantikan kamu takkan hilang hanya kerana kamu memakai tudung. Percayalah kamu akan nampak lebih cantik, manis, sopan, comel bila memakai tudung.
  • Bagi yang sudah bertudung, cuba perlahan-lahan labuhkan tudung hingga menutupi dada. Kalau tudung yang kamu pakai jarang, pakai inner neck atau inner lain. Banyak sekarang orang jual inner tudung kan ? Tinggal kamu ja pilih nak yang mana. Ingat aurat bukan sekadar nak tutup rambut ja.
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung mereka hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur: 31)


  • Bila bertudung, sanggul tinggi. Jangan ! Bertudung tetapi telanjang (Baju ketat, seluar ketat, kain/skirt ketat, jarang). Jangan !
Hadis Rasulullah SAW, maksudnya "Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua), para wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya bertelanjang, mereka miring lagi dan membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (Riwayat Imam Muslim) 
  • Bertudung tapi pakai lengan pendek atau pakai lengan pendek dan handshock atau inner ? Jangan ! Ingat, itu masih boleh menampakkan bentuk lengan kamu. Aurat itu wahai sahabat ku sayang.

  • Bertudung labuh tapi tidak pakai stokin ? Ingat ya sahabat sayang, aurat wanita semua kecuali muka dan tapak tangan. Kalau lengan baju kamu besar seeloknya di dalamnya kamu pakailah handshock, kan lebih manis, lebih comel :D

  • Kalau ada family yang masih tidak menutup aurat, ajaklah mereka sekali. Tak salah ajak mereka hijrah sama. Taklah kamu rasa kekok nanti.
  • Solat jaga tapi tak tutup aurat. Alhamdulillah baguslah kalau jaga solat tapi kena ingat juga, menutup aurat pun wajib. 
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah di kenali. Lantaran itu mereka tidak di ganggu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab : 59)


  • Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik. Contohnya macam majlis ilmu, dengar bacaan Al-Quran, jaga solat dan kawan dengan kawan yang baik.
  • Bila nak berubah, istiqomah. Buat selalu, sebab bila kita selalu buat kita akan rasa kekok bila tak pakai baju longgar, tudung labuh, handshock, stokin.
  • Ada juga yang gunakan cara ini, iaitu buat jadual. Buat minggu ni mula pakai baju longgar. Minggu depan pula cuba pakai tudung labuh. Boleh gunakan.
  • Set dalam minda, "Mati itu pasti". Takkan nak berubah bila nak mati sebab kita tak tahu ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan istighfar.
  • Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat sunat taubat. Kembali padaNya dan mohonlah pertolonganNya, inshaAllah Allah Maha Pengampun.
  • Bila keluar, tanya pada diri "Allah redha tak dengan pakaian aku ?" "Cukup tak aku tutup aurat aku semua ?"

  • Bila kita nak berubah, kena pekakkan telinga dengan cacian dan perli dari orang sekeliling. Ingat, harga syurga tu tak murah. Cekalkan hati dan mengadulah pada Dia. InshaAllah indah akhirnya.


  • Bila sudah menutup aurat kawan hilang ? Allah nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa lawan. La Tahzan. Dia akan gantikan dengan yang lebih baik, inshaAllah.
Alhamdulillah ini saja tips yang dapat saya kongsikan dengan sahabat semua. Memang saya akui, susah nak buat benda yang kita tak biasa buat, contoh macam pakai stokin, handshock dan tudung labuh dan baju longgar. Tapi cubalah, tak cuba mana tahu kan ? Dulu saya pun tak biasa. Tapi bila dah nekad nak berubah, beli tudung baru, stokin, handschock, baju, seluar, boleh di katakan semua barulah. Memang pakai banyak duit sebab tudung labuh harga lebih sikit dari tudung biasa. Baju muslimah pun sama. Dalam hidup tak ada yang percuma sayang, apatah lagi untuk dapatkan syurga Allah. :)

Dulu bila saya mula-mula pakai stokin, pakai tudung labuh memang biasa kena perli, tapi pekak kan ja telinga, kuatkan hati, selalu pesan dekat diri "Allah ada dengan orang-orang yang bersabar", lama-lama okay. Memang tak dinafikan, susah nak istiqomah, tapi cubalah. Mohon pada Allah minta Dia bantu, minta Dia permudahkan, inshaAllah semuanya akan mudah pada akhirnya. Dan sekarang alhamdulillah, rasa kekok sangat bila tak pakai stokin, rasa amatlah kekok bila keluar pakai baju yang fit dengan badan, dan rasa kekok bila pakai tudung bidang biasa. Alhamdulillah :) Yang paling penting, niat kita berubah kerana apa? Pastikan kita berubah kerana Allah bukannya kerana manusia. InshaAllah, Allah bantu dan Allah permudahkan.

"Perempuan tak wajib pakai tudung, tapi wajib tutup aurat." -Ustaz Azhar Idrus-
 Ya betul, perempuan tak wajib pakai tudung, tapi perempuan wajib tutup aurat. Sekarang ni ramai fikir "Oh aku dah pakai tudung so aku dah tutup aurat". Nope, aurat bukan hanya berkaitan dengan rambut atau tudung sahaja. Tapi aurat perempuan seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Ayuh sahabat sayang, ayuh tutup aurat. Mari kejar redha Allah bersama. InshaAllah. Aasif jiddan kalau post kali ini agak melampau panjangnya. Moga bermanfaat dan moga Allah redha. Amin, amin !

With love,
Izzah
*p/s doakan saya terus istiqomah ya sahabat semua. :)
*p/s jangan lupa doakan saudara kita di Gaza dan Syria. #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForUmmah.