Apa itu Gastrik ?

Saturday, February 02, 2013

Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


image source : google
ramai yang dah sedia maklum dengan penyakit ni kan ? saya salah seorang penghidap penyakit ni .start kena masa darjah 6 , dan mula teruk pada pertengahan tahun lepas .punca saya kena masa tu sebab saya lambat makan lepas tu saya makan benda yang pedas gila.HAHA .esoknya cirit-birit ,pergi klinik ,doktor kata dah kena gastrik .tahun lepas gastrik saya makin teruk .makin teruk sebab saya selalu lambat makan .bila kat sekolah ,saya tak turun rehat ,so tak makan lah ,lepastu makan tengah hari pun lambat ,tu yang makin teruk .banyak kali cuti masa tinggal beberapa bulan nak SPM sebab ni lah .seminggu sebelum SPM paling teruk kena sampai tak boleh nak bangun .kadang-kadang sebulan sampai 2-3 kali pergi klinik .masa SPM alhamdulillah ,tak kena teruk ,sikit je ,tapi dalam bulan 12 tahun lepas saya start kena lagi dan sampai sekarang tak okay .cerita sikit pengalaman saya ,memang sakit dan pedih bila kena ,saya tak boleh lapar ,doktor selalu pesan jangan skip makan ,makan biar sikit tapi berulang kali ,ada doktor tu tak bagi makan Fast Food ,tak boleh makan benda masam sangat .ni lah yang selalu doktor cakap .bosan degar -.-'' setakat ni saya tak ada muntah darah ,cuma selera makan saya selalu berubah ,kejap kurang kejap bertambah .tapi saya tak ada muntah-muntah atau loya ,ni sekali je kena masa mula-mula dulu .

Apa itu Gastrik


Peptic ulcer "gastrik" adalah masalah yang terjadi akibat lapisan pada perut terhakis. Ia biasanya berlaku pada bahagian perut dan bahagian usus kecil sebelah atas (duodenum). Tanda yang paling kerap dirasai oleh individu yang menghadapi masalah ini ialah sakit pada bahagian abdomen (perut) atas pusat.juga berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) .


Apa yang berlaku sekiranya tidak di rawat 

  • Pendarahan dalaman. Pendarahan boleh berlaku dengan perlahan lahan menyebabkan kekurangan darah berlaku (anemia) mahupun pendarahan serta merta yang menyebabkan banyak darah hilang yang memerlukan anda dimasukkan ke dalam hospital atau menjalani transfusi darah (blood trasfusion)
  • Jangkitan. Peptic ulcer boleh 'memakan' dinding perut dan menyebabkan lubang, meletakkan anda betul betul dalam risiko yang amat besar untuk jangkitan abdomen (peritonitis) yang amat menyakitkan dan mengancam nyawa,
  • Parut dalam perut. Peptic ulcer boleh membentuk parut dalam perut (dipanggil constriction) yang seterusnya menyebabkan masalah aliran makanan dari mulut ke usus. Ini boleh dilihat dengan tanda tanda loya, perut rasa kenyang selalu, muntah dan turun berat badan.

Apa simptom-simptomnya 
  • Rasa senak, berangin atau pedih
  • Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
  • Rasa tidak selesa
  • Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
  • Rasa mual (loya) dan muntah
  • Hilang selera makan dan selera berubah ( bertambah dan berkurang )
  • Berat badan turun 
  • Najis menjadi hitam ( tahap teruk )
  • Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap ( tahap teruk )


punca-punca penyakit ni ada banyak ,paling utama ialah gaya pemakanan dan hidup kita .boleh Google kalau nak tahu punca-punca nya .siapa yang rasa-rasa ada simptom-simptom tu eloklah pergi check up ek ,jangan jadi macam saya ,takut pergi klinik ,sanggup tanggung sakit .elakkan diri daripada stress sangat ,jangan merokok ,jangan minum arak ,makan banyak buah ,jangan biar perut lapar ,sayur pun kena makan banyak jugak .HAHA .*nasihatkan orang diri sendiri tak buat pun :p .doktor selalu pesan kat saya ,selalu minum susu low fat ,tak kira lah HL ke Dutch Lady ke ,susu soya pun boleh .jangan makan benda yang susah nak hadam *pesan doktor tu kat saya .sekarang ni mak selalu dok paksa saya pergi check up dekat hospital ,asyik pergi klinik je ,tapi saya tak nak .tak berani .nengoklah kalau tak baik lagi nanti baru pergi KLINIK ,Hospital TAK NAK :p .sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat ! ohoi panjang entry kali ni ,sharing is caring *ceewaah .

ha kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah Google ek ,bolehlah tahu nanti rawatan apa yang biasa pesakit dapat ,dan macam mana ujian dan diagnosis di buat .saya share sikit je :p .setakat ni dulu ,assalamualaikum . jumpa lagi di lain entry .

Info di peroleh dari : http://www.blog.kesihatanonline.com

5 comments:

Unknown Unknown said...

tu la kan..mkn pun kene ikut time..takut msuk angin
follow sini

Akma Akma said...

@Yumida Huda betul tu .syukran ya sahabat :)

Unknown Unknown said...

gud info..tq..

Mawardi yunus Mawardi yunus said...

good sharing :)

Amalina Lee Amalina Lee said...

Nasib saya takda gastrik, alhamdulillah huuhuu