Perbezaan kucing dan anjing

Thursday, October 31, 2013

Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


image source : google
Credit kepada Page Lukisan Dakwah . Nice sharing so rasa macam nak kongsi dengan sahabat semua . apa bezanya anjing dengan kucing ? 

Jika anjing termasuk haiwan yang dapat menjadi perantara penyebaran penyakit-penyakit menular, bahkan ia boleh membawa hampir lima puluh jenis penyakit akibat kandungan haiwan-haiwan parasit di dalamnya, dan sebahagian besr penyakit ini ada di dalam air liurnya, lalu bagaimana dengan kucing?


Kucing termasuk salah satu haiwan yang paling bersih dipandang dari aspek kesihatan, kerana kucing tidak membawa kuman dan mikrob, kecuali hanya satu jenis mikrob yang menyebabkan satu jenis penyakit sahaja. Penyakit apakah ini? Ia adalah penyakit yang jika berjangkit pada manusia, maka akan mengakibatkan kebutaan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Penyakit ini terkancung di dalam najis kucing. Jika ada haiwan lain yang memakan kotoran ini, maka penyakit ini akan berpindah ke tubuh haiwan ini, dan manakala haiwan ini disembelih dan dimakan dagingnya, penyakit tersebut dengan sendirinya akan berpindah ke tubuh badan haiwan ini, dan manakala haiwan ini disembelih dan dimakan dagingnya, penyakit tersebut dengan sendirinya akan berpindah ke tubuh manusia yang memakan dagingnya.

Jadi, Maha Suci Allah ketika ia menetapkan karakter khusus bagi haiwan ini (kucing) untuk selalu menguburkan kotorannya di dalam tanah, sehingga tidak sampai termakan oleh haiwan lain. Dengan begitu, kucing ini telah menjalankan tanggungjawabnya. Kerana itulah, Nabi SAW memuji-muji kucing dalam sabdanya yang bermaksud:

"Kucing itu tidak najis. Ia hanya akan menjadi haiwan yang selalu mengelilingi kalian." Perawi hadis ini menuturkan, "Saya pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dengan air sisa minum kucing." (HR lima imam hadis).

Sumber: Al-Haqa'iq ath-Thibbiyyaah fi al-Islam.



dulu pernah bela kucing ,namanya "si merah" tapi lepas merah mati ,abah dah tak nak bela kucing .dulu memang suka sangat dengan kucing tapi lepas merah mati ,jadi takut sekejap dengan kucing ,lagi-lagi anak kucing sebab pernah kena cakar .haha .alhamdulillah sekarang dah tak setakut dulu .dah berani sikit :p


image source : google

3 comments:

Irfan Iraz Irfan Iraz said...

selamat bersegmen, blogwalking dr segmen sama=), done follow
http://irazirfanblog.blogspot.com/2013/10/segmen-follow-mengfollow-bloglist_30.html

Azza Afdzal Azza Afdzal said...

kucing adalah makhluk Allah yang sangat comel...

Fatimah Nabila Fatimah Nabila said...

suka sgt dgn kucing!!