Aasiff jiddan lama menyepi. Alhamdulillah sekarang ni saya sudah sah bergelar "practical student" di salah sebuah Resort berdekatan dengan rumah saya. Alhamdulillah. Actually hari ni saya kerja, tapi half day, so sempat lah curi masa sikit-sikit untuk kongsi satu artikel yang pernah saya baca dengan sahabat semua. So, apa tajuk artikelnya ? Ada Apa Dengan Cinta ?
Ya, tajuk artikel yang ingin saya kongsikan dengan sahabat semua ialah "Ada Apa Dengan Cinta?". Saya peroleh artikel ini dari majalah aisyah, inspirasi iman. Daripada hangpa dok baca majalah gossip, adalah lebih baik baca majalah ni. Banyak ilmu yang boleh kita dapat dan sangat bermanfaat. Dengan lafaz bismillah, ayuh kita mulakan :)
Sebagai insan yang bernama manusia, sesungguhnya kita tak dapat lari daripada apa yang dikatakan sebagai cinta. Perasan tak ? Dengan cinta, yang sakit boleh jadi sihat, yang lemah boleh jadi kuat dan kadang-kadang yang haram boleh jad lazat. Allahurabbi :( . Memetik bait-bait lagu Tan Sri P Ramlee, "dengan cinta ku bina istana, kau sentuh runtuh jadi pusara." Sangatlah mendalam lirik yang boleh dihayati terutama oleh kaum hawa sekalian. Bukan niat di hati saya untuk menyatakan bahawa kehadiran cinta itu akhirnya akan membawa kepada kehancuran atau mengundang kepada kegagalan. Bukan juga cinta yang membawa manusia kepada lembah yang hina. Tapi kebanyakan manusia yang membawa cinta mereka sendiri jatuh, punah, terkulai rebah ke dalam lembah yang paling dalam. Allah :'(
Ramai yang berpendapat cinta itu datangnya dari sekeping hati. So, jangan terkejut dengan impak sekeping hati ni. Dengan sekeping hati, Syah Jehan berjaya membina Taj Mahal untuk Mumtaznya. Dengan sekeping hati juga, Firaun bersetuju mengambil Musa sebagai anak angkat dek kerana cintakan isterinya, Asiah. Semuanya kerana cinta yang datangnya dari sekeping hati ini. Namun, jarang sekali kita berfikir tentang kondisi hati itu sendiri. Cinta yang besar seharusnya lahir dari kuasa yang besar. Yang menerbitkan rasa cinta seharusnya satu kuasa yang penuh rasa kecintaan kepada semua makhluk. Mengapa perlu diagungkan,ditayangkan, dilaungkan ke seluruh dunia tentang cinta duniawi, manusiawi sedangkan hakikat cinta Ilahi itu mengatasi segalanya ?
Kita selalu mengagungkan nikmat tanpa sempat berfikir tentang si pemberi nikmat. Samalah juga macam cinta. Kita selalu mengagungkan cinta sampai lupa tentang si pemberi cinta. Cuba kita fikir sejenak. Bagaimanakah kita dapat merasakan erti bercinta dan dicintai sekiranya Allah yang memegang hati ?
Bagaimana rasa cinta itu lahir ?
Cinta itu kebanyakannya lahir dari mata fizikal sehingga jatuh ke mata hati. Kalau tidak, tak mungkin P Ramlee mampu menghasilkan lagu bahasa cinta. "Tiada kata secantik bahasa untuk ku puja adinda. Tiada gambar secantik lukisan, nak ku tunjuk perasaan". Bermula dari pertemuan yang mengatur bibit-bibit perkenalan, akhirnya terikat dengan janji setia yang melupakan Tuhan. Allah. Allah :'(
Mungkin terdapat kisah cinta korang yang bermula seperti ini. Pertemuan bermula dari kem anjuran sekolah/kolej/universiti akhirnya membawa kepada perkenalan singkat yang meninggalkan bibit-bibit kasih dan sayang. Perasaan kasih sayang akhirnya bersulam cinta yang diiringi oleh angan-angan seindah fantasi.
Kalau dulu, si hawa hanya bertudung bawal biasa dan dipadankan dengan baju kurung polos. Kini, si hawa sudah pandai bergaya. Mengenakan shawl berwarna-warni beserta kemeja trendy dan digayakan dengan jeans ketat ala-ala gaya terkini. Wajah yang dahulunya beralaskan bedak powder kini sudah dioles dengan bedak compact dan juga blusher pink. Maskara dan eyeliner menghiasi mata bagi menarik perhatian si teruna idaman hati.
Pertemuan yang selalunya dimulakan untuk membincangkan soal pelajaran. Diikuti pula dengan panggilan telefon untuk bertanya khabar, akhirnya hubungan bertukar menjadi tempat luahan perasaan sehingga membawa kepada keterlanjuran.
"Dulu dia janji ingin mengahwini saya, menyayangi saya seadanya. Tapi kini, mengapa dia berubah hati setelah segala-galanya saya beri ?"
Kata-kata inilah yang sering diluahkan oleh sang pencinta yang bergelar wanita apabila ditinggalkan oleh sang arjuna yang mabuk kepayang mengejar cinta wanita lain. Mengapa ini boleh terjadi ? Sedangkan dulu banyak janji-janji yang telah dipateri ? Awas hawa ! Berhati-hatilah dalam menyerahkan hatimu buat yang benar-benar layak memiliki.
Jika dihayati lirik lagu Jay Jay dan Dayangku Intan yang bertajuk "Kita Insan Biasa" banyak pengajaran yang boleh dihayati terutamanya bagi kaum hawa.
"Diriku, mawar pudar warna, tiada lagi yang istimewa, dapat dipersembahkan menjadi satu lambang sucinya percintaan".
Kaun hawa itu ibarat bunga. Dipuja ketika mekar, dihidu ketika harum, dipetik ketika cantik tetapi dibuang ketika layu. Kasihankan kalau pengakhirannya begini ?
Tak mengapa, tak salah menjadi bunga yang dipuja orang, mengharumkan segenap laman bagi menyenangkan hati insan. Tetapi jadilah bunga yang tumbuh ditaman larangan, yang hanya boleh dipetik oleh si pemilik taman. Si pemilik taman yang akan menjaga bunga-bunganya dengan menyiram ketika layu dan dibajai untuk menyubur. Jika dipetik, disimpannya di dalam rumah dan diletakkan di dalam balang indah bagi memperhiasi dekorasi rumah. Ketika bunga sudah tidak menampakkan seri, diambil, dikeringkan dan diproses menjadi potpuri. Bukankah indah jika pengakhirannya seperti ini ?
Sesungguhnya, cinta itu fitrah dan anugerah. Fitrah kepada manusia dan anugerah dari Allah. Tak perlu membenci atau menolak cinta. Cukup sekadar menyerahkan dan menyandarkan cinta itu kepada Ilahi. Mengenal cinta Ilahi, barulah cinta manusia.
-Tamat-
Alhamdulillah, moga bermanfaat :)
Till then, Assalamualaikum
With Love
Izzah.
5 comments:
Assalam izzah. Panjang lebar gini kalau yg membaca x faham juga x tau lah kan. Betul kenal cinta Ilahi dulu... cuma ramai terlupa zaman skrg ni. Peringatan utk saya juga. Thanks mengingatkan.
Cinta yang halal itu datangnya dari Allah SWT.. Yang haram itu wujudnya atas nafsu diri sendiri.. Tak siapa berhak menolak hakikat dan kebenaran fitrah itu kerana kita manusia biasa. Cinta itu milik Dia yang abadi.. Dulu saya pernah leka tapi mujur Allah pegang hati saya. Semoga kita istiqamah dalam mencari kebenaran erti CINTA ini.. In Shaa Allah, Mudah mudahan .. Amiinn.
Salam kenal ya dari saya izah. Saya pun accountancy student juga.. :D Awak belajar mana dulu ?
@Naurah Nawwarah Salam kenal juga naurah. Allahumma ameen. Moga kita istiqomah :)
perkongsian yang bermanfaat..bukan setakat yang bujang..juga pada yg dh berumah tangga
salam singgah sini...nice blog n nice entry...
Post a Comment