Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
image source : google |
kisah tentangnya bermula dalam satu peristiwa, pada suatu pagi di bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w mengumpulkan para pejuangnya untuk memberikan kata-kata semangat (targhib). ketika Nabi s.a.w menyebut nama Ainul Mardhiah, para sahabat bertanya-tanya, siapakah wanita istimewa yang menjadi sebutan Rasulullah s.a.w .
ternyata nama itu bukan milik orang sembarangan .sebaliknya ia dipunyai oleh bidadari yang diciptakan oleh Allah untuk para syuhada'. Ainul Mardhiah, bidadari syurga yang tercantik di kalangan bidadari syurga dan dia dipilih untuk menjadi 'peneman' mereka yang berjuang di jalan Allah dan ditakdirkan syahid dalam perjuangan .
mendengar akan cerita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi beliau malu hendak bertanya kepada Nabi kerana kehadiran para sahabat-sahabat yang lain. namun beliau tetap menyerahkan namanya sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum zohor sunnah Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah) maka sahabat yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi .
dalam tidur tersebut sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, yang tiada bandingnya di dunia .di sana dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia bertanya, “di manakah saya berada sekarang?” lalu lelaki itu tersenyum dan menjawab, ” inilah Syurga .”
pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. dia pun berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat kecantikan sebegitu di dunia .
dengan perasaan berdebar-debar ,dia memberi salam dan bertanya ''adakah kamu Ainul Mardhiah ? '' .wanita itu menjawab ''bukan. saya adalah khadamnya .Ainul Mardhiah berada di dalam singgahsana .''
kemudian ,dia meneruskan perjalan dan masuk ke dalam sebuah mahligai yang sangat indah ,di sana dia mendapati seorang lagi wanita yang berganda-ganda cantiknya berbanding yang pertama tadi .wanita itu sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai itu .
pemuda itu memberi salam dan bertanya ''adakah kamu Ainul Mardhiah ?'' .wanita itu menjawab ''maaf ,saya bukan Ainul Mardhiah ,Ainul Mardhiah berada di atas mahligai sana ''.
pemuda itu meneruskan perjalanan dengan menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu .akirnya dia sampai di satu mahligai dan dia bertemu dengan seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari yang kedua dan berganda-ganda cantik dari yang pertama .kecantikan itu belum pernah lagi di lihat di dunia ini .wanita itu berkata ''sayalah Ainul Mardhiah ,saya di ciptakan untuk kamu dan kamu di ciptakan untuk saya '' pemuda tersebut lalu mendekati wanita itu tetapi dengan pantas wanita itu berkata ''tunggu dulu ,kamu belum syahid lagi ''
pemuda tersebut tersentak mendengarkan kata-kata Ainul Mardhiah dan menyebabkan dia terbangun dari tidurnya .kemudian dia menceritakan segalanya kepada seorang sahabat dan dia berpesan pada sahabatnya itu jangan sesekali menceritakan kisah itu pada Rasulullah melainkan dia telah syahid di medan perang .
petang itu ,pemuda tersebut ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w dan tentera islam yang lain .takdir Allah telah menentukan ,akhirnya pemuda itu syahid di medan peperangan .setelah hampir waktu berbuka puasa ,semua jemaah pulang ke masjid ,mereka bersama-sama menunggu makanan untuk berbuka. sahabat pemuda tersebut menceritakan tentang mimpi sahabat yang syahid tadi .Rasulullah s.a.w mengucakap ''benar..benar..benar..'' sepanjang cerita itu .
Akhirnya Rasululah SAW berkata ” Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di Syurga.
masih ada lagi lelaki yang tidak mengenali siapa dia Ainul Mardhiah ? beruntung bukan ,para syuhada itu ?.saya sangat suka lagu Ainul Mardhiah nyanyian UNIC ni dari dulu lagi .tetapi masa itu ,saya memang tak tahu kisah di sebalik lagu itu. di sebabkan perasaan ingin tahu itu membuak-buak dalam hati jadi saya ambil keputusan untuk cari tahu apakah kisah sebenarnya .subhanallah ,sangat beruntung para syuhada ,perjuangan mereka tidak sia-sia .mereka di janjikan dengan balasan syurga .
Ainul Mardhiah ,dirimu pembakar semangat perwira ,rela berkorban demi agama .kau jadi taruhan berjuta pemuda yang bakal di nobat sebagai syuhada .itulah janji pencipta yang esa .
info diperoleh dari : http://kisahteladan.info/kisah-mukminah/ainul-mardhiah.html
3 comments:
thankz sb share ainul mardiah.. dah tahu dah siapa dia =)
tq berkongsi
@izan mama mia sama-sama :)
Post a Comment