Dilema Lepasan SPM

Monday, April 28, 2014

Bismillahirrahmaanirrahim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang


pinjam gambar encik Google

Dengar kata result matrikulasi dah keluar? So mesti ada yang tengah dalam dilema kan nak terima ke tolak tawaran matrik ni. Tak mengapa, akak faham sangat perasaan adik *akaklah sangat :p* sebab saya pun pernah alaminya. 






Saya dulu ambil pure sains plus akaun. Alhamdulillah SPM saya dapat 6A1B3C. B dengan C semua subject pure sains okay, bio, fizik, kimia, addmath tu semua. Teruk bebeno. Saya dulu pun dapat tawaran matrik, program 1 tahun aliran sains. Saya dapat Kolej Matrikulasi Kedah. Selama ni saya nak sangat masuk UIA dan kalau tak dapat UIA saya nak masuk form 6 actually. Tapi form 6 tak dapat, dapatnya matriks. Gila frust masatu. Niat saya, saya tak nak ambil aliran sains lagi, nak ambil sastera. Saya decide nak tunggu UPU. Tak tahulah kenapa memang hati ni tak nak masuk matrik. Tunggu punya tunggu, lastly UPU pun saya tak dapat. Lagilah frust. masatu saya cuma ada 2 pilihan ja, politeknik dan kolej poly-tech mara so saya decide nak masuk politeknik ja. Dalam masa yang sama cuba buat rayuan UIA. Dekat poli saya ambil kos accountancy. Masa result rayuan keluar, saya di beritahu, saya tak dapat. Bertambah-tambah sedih masatu, nampak sangat tak redha masuk politeknik. kahkah. 


Politeknik ni tak adalah teruk sangat, tak faham kenapa ada segelintir masyarakat pandang rendah pada students poli. Bila saya dah redha, tiba-tiba saya dapat call dari pihak cffsiium, dorang bagitau saya di terima masuk ke cffsiium (centre for foundations studies international islamic university of Malaysia). Time ni memang saya tertekan sangat sebab final exam lagi seminggu, dan saya kena buat keputusan dalam masa tak sampai seminggu. Setiap malam nangis, tak tahu nak stay atau pergi uia. Akhirnya saya ambil keputusan untuk teruskan pengajian di politeknik. Allah dah takdirkan saya untuk berada di sini dan saya yakin, apa-apa saja yang Allah takdirkan itu sebenarnya baik. Ada hikmah kenapa saya tak pilih matrik, ada hikmah kenapa saya tak dapat form 6 dan upu, dan ada hikmah kenapa saya tak pergi UIA yang memang selama ni impian saya. Saya percaya pada rezeki Allah, biarlah orang kata lepasan diploma politeknik susah nak sambung degree ke apa ke, saya tak kisah, saya percaya pada Allah, pada rezeki Allah, satu hari nanti dengan izinNya, inshaAllah dapat juga masuk U. 

Perbezaan Matrik, asasi, form 6 dan diploma.




Click gambar kalau tak nampak atau tak jelas. Diploma memang makan masa agak lama sedikit berbanding asasi, form 6 dan matriks. Tapi biar lambat asal selamat :). Tak salah kalau bermula dari bawah kan?



Saya punya politeknik konvensional ! hihi. Banyak dah kan cerita berkaitan dengan politeknik ni, sebagai contoh click link bawah ni okay ;)

-> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lulusanpolitekniklaris/Article/index_html

See, tak adalah teruk mana politeknik ni. Bagi saya semua tempat sama ja, usaha tu yang penting. Jangan risau rezeki ada ja kat mana-mana, letakkan sepenuh harapan pada Allah. Usaha, doa, tawakkal, berserah, InshaAllah Dia bantu. So adik-adik fikir lah baik-baik mana adik nak sambung lepas ni. Buat keputusan betul-betul. Terima ja matrik dulu, buat persediaan awal, kalau dapat UPU, dan rasa tak nak masuk matrik lagi okay. Sebab setahu saya result upu sebelum tarikh daftar matrik jadi ada masa lagi. Kalau tak dapat upu, boleh teruskan ke matrik. Jangan sampai "apa yang di kejar tak dapat, apa yang di gendong melepas". Kalau betul-betul buntu tak tahu nak pilih mana, buat solat sunat istikharah, solat ni jangan buat sekali dua ja, buat selalu okay adik2. Lastly, doa dan tawakal pada Allah. Semoga berjaya adik-adik semua. Doakan akak ni berjaya juga :D



Sampai sini dulu ya, saja kongsi cerita, kongsi pengalaman. Till then. Assalamualaikum.
Love, xoxo.

6 comments:

nini nini said...

dimana pun kita.....semuanya dari diri sendiri juga....

kalau kita memang hebat walau dimana kita pergi kita akan tetap hebat dan masih hebat....=D

Unknown Unknown said...

Info yg sgt berguna utk adk². Adk sy pun blajar di poli. Sy bdk diploma je. Alhamdulillah. Dah tamat :)

tashira sha tashira sha said...

skrang ni pun tengah stress sangat. hmm. susah juga kalau macam ni. trpaksa nak tnggu kptusan UPU.

Akma Akma said...

@Tashira Sha jangan stress, doa banyak2 ,tawakal. buat keputusan baik-baik ya. saya doakan semoga awak berjaya :D

Anonymous said...

Salam akak ada wassep tak? Plss ad benda penting nak tanya. Email saya no akak ; aliyyahsakura96@gmail.com

Akma Akma said...

@Anonymous sorry akak baru bukak blog. akak dah email awak :)